1. TIADA YURAN PENDAFTARAN DAN MODAL diperlukan bagi mereka yang ingin menyertai program affiliate Kembara Mahsyar.

2. Affiliate terbahagi kepada tiga peringkat iaitu JUNIOR, SENIOR, LEGEND dan SUPREME.

3. Status komisen dan ranking affiliate akan dikemaskini secara automatik.

4. Semua affiliate dikehendaki mempunyai aplikasi TELEGRAM untuk memudahkan penyampaian maklumat semasa serta perkongsian bahan-bahan promosi. Semua bahan promosi seperti gambar, video dan maklumat iklan akan dibekalkan oleh pihak Kembara Mahsyar di saluran TELEGRAM khas. 

5. Harga produk mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun komisen yang diperolehi oleh affiliate adalah berdasarkan peratus (mengikutkan ranking) untuk setiap jualan yang berjaya.

6. ID hanya boleh digunakan oleh pemegang akaun sahaja. Tidak boleh ditukar milik. 

7. Affiliate harus memastikan gambar atau video yang dipamerkan di mana-mana laman sosial adalah berkualiti dan menutup aurat dengan sempurna. 

8. Komisen akan dibayar pada setiap bulan. Pembayaran akan dilakukan pada awal bulan berikutnya. Pembayaran akan dibuat ke dalam akaun anda selepas komisen terkumpul minimum RM30. 

9. Jika anda ingin menutup akaun affiliate anda, baki komisen akan ditransfer dalam masa 14-21 hari bekerja. 

10. Affiliate boleh mendapatkan laporan serta jumlah komisen di website khas affiliate.

11. Affiliate dilarang menawarkan rebat, kupon, atau apa-apa tawaran lain tanpa kebenaran pihak kami.

12. Affiliate dilarang mencipta laman web baru atau mengendalikan mana-mana laman web lain yang secara jelas atau tersirat dengan cara yang menyerupai laman web rasmi dan membawa pelanggan untuk mempercayai anda adalah website rasmi Kembara Mahsyar atau mana-mana perniagaan affiliate yang lain di bawah pihak kami. 

13. Affiliate dilarang menggunakan produk kami untuk kepentingan peribadi secara langsung tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada kami dan menjual produk  kami tanpa menggunakan link referal kami.

14. Kami berhak mengubah mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara dan akan dimaklumkan kepada affiliate tentang perubahan yang berlaku. Pengubahsuaian mungkin termasuk perubahan dalam sistem ranking, prosedur pembayaran dan peraturan Program Affiliate Kembara Mahsyar. 

15. Kami berhak untuk menamatkan keahlian dan penyertaan affiliate dalam Program Affiliate Kembara Mahsyar serta-merta dan tanpa notis sekiranya affiliate didapati melakukan penipuan dalam penggunaan program affiliate ini, atau jika anda menyalahgunakan program untuk apa juga tujuan. 

16. Jika penipuan dikesan, pihak syarikat tidak bertanggungjawab ke atas pembatalan bayaran sebarang komisen yang dikumpul daripada penipuan tersebut.

17. Terma dan syarat ini bermula apabila kami menerima permohonan affiliate anda dan akan terus digunakan melainkan jika keahlian anda ditamatkan.

18. Buku hanya akan dihantar dalam masa 1-3 hari bekerja setelah pembayaran dari pelanggan affiliate disahkan melainkan sekiranya terdapat tempahan diluar jangka.

19. Sebaik sahaja anda mendaftar Program Affiliate Kembara Mahsyar ini, anda dikira telah bersetuju dengan segala terma dan syarat yang telah dinyatakan.

20. Semua affiliate yang telah mendaftar di bawah Program Affiliate Kembara Mahsyar ini akan dikenali dengan nama #MAHSYARSQUAD.