Skip to content Skip to footer

Sebuah Pengembaraan Menuju Tuhan

Kembara Mahsyar ialah sebuah buku pengembaraan yang akan membawa kita mengembara dari satu alam ke satu alam yang lain. Bermula dari Alam Roh yang mana kita diciptakan sehinggalah ke Alam Mahsyar yang akan menjadi penentuan.

Buku Wajib Dibaca
Sebelum Mati

Kenapa buku Kembara Mahsyar ini WAJIB dibaca sebelum kita mati? Pernah atau tidak kita tahu selepas kita mati nanti ke mana kita akan pergi? Apakah alam-alam yang bakal kita tempuhi. Bagaimanakah keadaannya disana nanti? Buku Kembara Mahsyar ini akan menceritakan gambaran perjalanan kehidupan seorang manusia sejak daripada sebelum mereka dilahirkan lagi sehinggalah Syurga. Amatlah penting untuk kita mengetahui destinasi-destinasi selepas kita mati nanti supaya kita dapat membuat persiapan yang lebih rapi sebelum kita tiba di sana nanti.

buku umum terbaik

Box Of Mahsyar

Eksklusif

(Pre-Order)

Dua buah buku Kembara Mahsyar yang dibungkus khas di dalam sebuah kotak eksklusif yang terdapat 9 barang di dalamnya

Rasai Pengembaraan Ke Alam Selepas Mati

Buku Kembara Mahsyar ini akan membawa kita merentasi 15 destinasi. Bermula dari Alam Roh, tempat dimana kita semua dikumpulkan seterusnya kita akan pergi ke Alam Kandungan. Kemudian kita akan singgah sementara di Alam Dunia sebelum kita mulakan pengembaraan kita menuju ke Alam Barzakh.

Kita akan melihat bagaimana dahsyatnya Hari Kiamat. Kemudiannya kita akan dibangkitkan kembali pada Hari Kebangkitan dan menuju ke Padang Mahsyar. Kita akan melihat bagaimanakah keadaan dan seksanya di Padang Mahsyar dalam suatu tempoh waktu yang sangat panjang, sehinggalah mendapat Syafa’at daripada Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam agar dipercepatkan proses Hisab.

Kemudiannya, tatkala kita melakukan Penyerahan Catatan Amal, adakah dengan tangan kanan ataupun tangan kiri? Bagaimanakah pula ketika amalan kita ditimbang di Mizan, adakah pahala ataupun dosa yang akan memberatkan timbangan? Terpilihkah kita untuk meminum air daripada Telaga Al-Kauthar? Dan akhirnya tibalah kita di Titian Sirat yang halus lagi tajam itu. Bagaimanakah keadaan kita ketika melaluinya nanti. Jika berjaya, maka kita akan terus menuju ke Syurga. Akan tetapi kalau tergelincir, maka terjatuhlah kita ke dalam Neraka menerima azab siksa yang tidak terperi, selama-lamanya tiada henti.

web-720p-peta-km

Pemenang Anugerah Buku Negara

Buku Kembara Mahsyar telah memenangi Anugerah Buku Negara (Buku Umum Terbaik Kategori Agama)

Anugerah diterima di PWTC sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Mereka Sudah Ada. Anda Bila Lagi?

Buku Kembara Mahsyar ini sangat baik untuk mengingatkan kita akan destinasi hakiki yang kita tuju. Dunia yang sementara ini merupakan medan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan bertemu Allah. Setiap dari kita akan meninggalkan dunia ini dan pasti akan dipersoalkan dihadapan Allah akan segala amanah yang diberikanNya. Semoga dengan mengingati kehidupan selepas kematian akan menyebabkan kita lebih berhati-hati dalam sebarang kerja buat didunia ini. Tahniah kepada Saudara Faris Zulkharnane diatas buku yang sangat baik ini.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Menteri Besar Terengganu

 

Seorang yang berakal sentiasa menyedari bahawa dunia ini tidak lain hanyalah tempat persinggahan sementara. Dia menyedari bahawa dia akan kembali ke alam yang kekal suatu hari nanti. Tahniah buat adinda kami Muhammad Faris Zulkharnane atas penghasilan buku yang penuh makna ini. Moga ia memberi manfaat buat penulis serta kita semua di alam sana nanti. Kata Sayyidina ‘Ali : “Manusia itu tidur, apabila dia mati, barulah dia terjaga.” Moga buku ini menyebabkan kita terjaga sebelum ‘terjaga’ yang sebenar. Mari kita kembali kepada Allah sebelum kita dikembalikan.

Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Ilmuan Agama dan Pendakwah

Bila baca buku Kembara Mahsyar ini rasa seolah-olah kita sedang mengembara ke satu dimensi yang lain. Ianya sebuah pengembaraan menuju Tuhan. Kita akan melalui alam-alam yang kita akan pergi bila kita mati nanti. Rahsia dibongkar, keajaiban diperlihat dan proksi masa ditelusuri. Memang sebuah buku pengembaraan realiti yang penuh debaran dan misteri, juga persediaan kita bakal ke sana nanti.

Heliza Helmi

Penyanyi dan Selebriti Dakwah

 

 

Sebuah penziarahan rohani yang luar biasa, tetapi cukup mengesankan. Meletakkan naluri manusiawi ke sebuah perjalanan yang tidak mungkin dapat diulang cipta, naskhah Kembara Mahsyar ini merupakan sebuah penziarahan rohani yang luar biasa, luar duga, tetapi cukup mengesankan.

Neelofa


Pelakon dan Pengacara TV

 

 

Perjalanan Kehidupan Manusia

Alam Roh

Perjanjian Yang Dilupakan

Alam Kandungan

Permulaan Kehidupan

Dunia Yang Sementara

Dunia Jambatan Akhirat

Ziarah Ke Alam Barzakh

Permulaan Kehidupan Kekal Abadi

Hari Kiamat

Kemusnahan Alam Semesta

Hari Kebangkitan

Kehidupan Semula

Padang Mahsyar

Perhimpunan Agung

Syafa'at

Panji-Panji Kepujian

Hisab

Balasan Setiap Perbuatan

Penyerahan Catatan Amal

Kiri Atau Kanan

Mizan

Neraca Keadilan

Telaga Al-Kauthar

Air Yang Lebih Putih Daripada Susu

Titian Sirat

Tunjukilah Kami Jalan Yang Lurus

Neraka

Feb 19 - Mar 20

Syurga

Feb 19 - Mar 20

Box Of Mahsyar

Eksklusif

(Pra-Tempah)

Kembara Mahsyar (Buku 1)
Kembara Mahsyar (Buku 2)
Kad Talqin
Kad Wasiat
Penanda Buku 1
Penanda Buku 2
Peta Kembara Mahsyar
Poskad Quotes
Kalendar Meja 2021

Kenapa Kita Kena Tahu Tentang

Kembara Mahsyar

Kita mengetahui tentang kembara mahsyar ini bukan untuk menjadikan kita bertambah ‘takut’, tetapi untuk menjadikan kita bertambah taqwa.

Antara sebab kenapa Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahsiakan saat kematian dan Hari Kiamat kepada kita ialah supaya kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekali pun, tidak kira masa dan di mana. Bersedia dalam keadaan kita belajar, beribadah, bekerja mahupun duduk sahaja.

Kembara Mahsyar
(Buku 1 & Buku 2)

Buku Kembara Mahsyar ini diterbitkan dalam 2 jilid yang merangkumi perjalanan kehidupan manusia. Buku 1 menceritakan bermula dari Alam Roh sehingga ke Hari Kiamat. Manakala Buku 2 menceritakan bermula dari Hari Kebangkitan sehingga ke Syurga.

Apa Yang Ada Dalam
Buku Kembara Mahsyar?

Ini sebahagian kandungan yang terdapat dalam buku Kembara Mahsyar (Buku 1 dan Buku 2)

Kembara Mahsyar (Buku 1) bermula dari Alam Roh sehingga ke Hari Kiamat

Kembara Mahsyar (Buku 2) bersambung dari Hari Kiamat sehinggalah ke Syurga

Antara isi dalam Kembara Mahsyar (Buku 1)

Antara isi dalam Kembara Mahsyar (Buku 2)

Untuk Siapa Buku Kembara Mahsyar Ini?

Mereka yang ingin membuat persiapan dan persediaan sebelum meninggalkan dunia ini

Mereka yang ingin merasai gambaran pengembaraan sebenar ke alam selepas mati

Mereka yang mencari bahan rujukan dan bacaan tambahan

Mereka yang ingin lebih bersemangat mengharungi ujian di dunia

Mereka yang mahu mengetahui alam-alam yang telah dilalui dan akan mereka tempuhi nanti

Mereka yang merasakan dunia ini jambatan ke akhirat dan perlu bersedia untuk ke sana nanti

Testimoni Para Pembaca

Parcel Khas

Kembara Mahsyar

Adakah anda sudah bersedia untuk menerima bungkusan khas daripada Kembara Mahsyar di hadapan pintu rumah anda?